Kamis, 04 Agustus 2011

Mukmin Sejati - Hasnul Diwani




Mukmin Sejati

Orang mukmin yang sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau ia anggota lahir, tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa
Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya pada dosa tak boleh dilupakan
Teringat sahaja jiwanya tersiksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya

Perasaan ini anugerah dan nikmat dari Tuhannya
Takut dengan dosanya itu jadi syafaat padanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya
Moga di Akhirat kelak terselamat
Daripada siksa Neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa

Referensi Sajak: http://kawansejati.ee.itb.ac.id/sajak/takut-dengan-dosa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar