Minggu, 23 Oktober 2011

Tentang Qurban Dan Aqiqah

Kedua ibadah ini (qurban dan aqiqah) adalah termasuk amalan mulia dan penting dalam Islam karena amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih banyak orang yang samar-samar atau kabur kefahaman mereka mengenainya, sehingga ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mau melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
Beberapa masalah yang dibahas:
  • Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu?
  • Apakah hukum melakukannya?
  • Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita?
  • Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan?
  • Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah?
  • Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah?
  • Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Tentang Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (setelah solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq yaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah karena beribadah kepada Allah s.w.t. , yaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata:
"Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hukum Berqurban

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
  • "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
  • "Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
  • Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Silakan rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Pelaksanaan Qurban

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
  • Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan sisa seluruh dagingnya disedekahkan
  • Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
  • Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

Hikmah Dan Fadhilat Qurban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mau berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Aqiqah untuk Anak

Aqiqah pengertiannya dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, sedangkan Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Hukum-hukum Lain Berkaitan Dengan Qurban Dan Aqiqah

Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan semacamnya
Jika penyembelihan aqiqah hendaklah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad yaitu dengan dua cara:
  • 1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
  • 2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dibagi sebagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan baik oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah dipisahkan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk uang atau harta benda yang lainnya.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
Daging atau bagian manapun dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

Qurban Dan Aqiqah Bersama-sama

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan mendorong majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
  • Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
  • Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kendaraan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
  • Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan

Referensi

Literatur tentang berjumpa dengan Rasulullah SAW


Beberapa buku yang membahas mengenai perjumpaan dengan Nabi:
  • Syaikh Yusuf bin Ismail Al-Nabhani, Metode Bertemu Nabi, Darul Hikmah 2008. Judul Asli: Sa'adatu a-Dararain fi al-Shalati 'ala Sayyidi al-Kaunaini. Penerjemah: Alwi Fuadi
  • Abu Anas Abdul Aziz, Jumpai Aku Ya Rasul, Pena Pundi Aksara 2008. Judul Asli: Ra'aitun Nabiyya saw. ; 100 qishshah haqiqiyyah li-man ra'au an-nabiyya. Penerjemah: Ahmad Shiddiq Thabrani, Lc. Link:Jumpai_Aku_Ya_Rasul
  • Husain Hasan Tomai, Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya, Pustaka Aman Press Sdn BHD, 1989
Ilustrasi cover buku dan update selanjutnya dapat dilihat di laman berikut ini http://kawansejati.ee.itb.ac.id/wiki/index.php/Buku_yang_membahas_perjumpaan_dengan_Rasulullah

Mukjizat Kebenaran Perkataan Nabi Muhammad SAW tentang masa depan

Penterjemah: A.Abdurrahman Ahmad

Perkataan Rasulullah s.a.w tentang Aisyah r.a

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah saw. Berkata kepada para istrinya, "Di antara kamu akan ada seseorang yang menunggangi unta merah, dan di sekitarnya banyak anjing yang menggonggong dan banyak orang yang meninggal dunia, tetapi ia akan selamat, padahal ia sudah hampir terbunuh."

Hal ini benar-benar terjadi. Yaitu kisah 'Aisyah r.a. ketika timbul pertempuran dengan Ali r.a., yang dikenal dengan perang Jamal. Kejadian ini terjadi di suatu tempat bernama Hawwab. Dan unta yang dikendarai oleh 'Aisyah r.a. pada saat itu berwarna merah. Juga, anjing-anjing di desa itu selalu menggonggong. Dan di Hawwab itulah dua pasukan bertempur. Banyak korban yang meninggal dunia. Hawwab adalah sebuah sumber air berupa kolam yang sangat besar.

Pada akhir malam, ketika menjalang fajar, Ali r.a. telah berjumpa dengan 'Aisyah r.a Untuk membicarakan tentang perdamaian dan menghakhiri pertempuran tersebut. Akan tetapi orang-orang yang mengaku sebagai pembunuh Utsman r.a. telah mengacaukannya dan mereka meluncurkan panah-panah mereka terhadap pasukan Ali r.a Kemudian mereka juga mengacaukan pasukan 'Aisyah r.a. Mereka menyebarkan berita kepada pasukan 'Aisyah r.a bahwa Ali adalah penipu. Sedangkan kepada pasukan Ali r.a disebarkan berita bahwa 'Aisyah r.a adalah orang yang tidak menepati janji. Pengacau ini terkenal bernama Abdullah bin Saba.

Setelah 'Aisyah r.a mengetahui tempat air tadi dan orang-orang memberitahukan kepadanya bahwa tempat itu adalah Hawwab, maka 'Aisyah r.a teringat akan apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. Lalu 'Aisyah r.a berniat untuk kembali, akan tetapi Marwan telah membakar semangatnya untuk berjihad sampai mati syahid. Dikatakan oleh Marwan bahwa sumber air itu bukan Hawwab. Kemudian orang-orang yang bernafsu untuk meneruskan pertempuran, mendapatkan kesempatan untuk menyerang 'Aisyah r.a Mereka memotong tali unta yang berada di hitung untanya 'Aisyah. r.a, sehingga menyebabkan 'Aisyah r.a jatuh ke tanah. Kemudian saudaranya yaitu Muhammad bin Abu Bakar r.a mengangkatnya dan membawanya pergi.
Dalam peperangan ini 'Aisyah r.a bergabung bersama pasukan Tolhah dan Zubair r.a Sebenarnya hal ini merupakan kesalahfahaman saja. Bahwa orang-orang yang telah membunuh Utsman r.a mau membalas dendam, yaitu dengan menimbulkan kekacauan dalam pertempuran. Dengan tujuan untuk menunaikan hajat dan keinginan pribadi mereka.
Yang jelas, bahwa apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. benar-benar terjadi.

Perkataan Rasulullah s.a.w tentang Zainab r.a.

Bukhari, Muslim meriwayatkan dari 'Aisyah r.a berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw. Bersabda kepada istri-istri beliau, "istriku yang akan pertama kali berjumpa denganku ialah yang paling panjang tangannya.' Para istri Nabi saw. memahami kata-kata 'Athulu Hunna Yadan' dengan dzahirnya. Maka setelah wafatnya Rasulullah saw., mereka saling mengukur tangan-tangan di antara mereka. Siapakah yang akan meninggal pertama kali setelah Nabi saw. Padahal kata-kata beliau saw. Bermaksud orag yang paling rajin bersedekah.
Ternyata setelah Nabi saw. wafat, istri yang pertama kali wafat ialah Zainab r.a yang bergelar Ummul Massakin. Beliaulah di antara istri-istri Rasulullah yang paling rajin dalam bersedekah. Setelah kematian Zainab r.a., barulah para istri Nabi saw. Memahami apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw., mengenai makna panjang tangan tersebut.
Singkatnya, bahwa apa yang telah dikabarkan oleh Rasulullah benar-benar terjadi. Bahwa setelah wafatnya Nabi saw., akan disusul oleh wafatnya Zainab.r.a.

Perkataan Nabi s.a.w ke Ummu Fadhal

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a Suatu ketika Ibu saya, Ummu Fadhal berjalan melewati Rasulullah saw., lalu Nabi saw. Bersabda. "Hai Ummu Fadhal, dari kehamilanmu kamu akan melahirkan seorang anak lelaki. Jika sudah lahir. Maka bawalah anak itu kepadaku"

Selanjutnya Ummu Fadhal r.a. bercerita ; Setelah anak saya lahir, ternyata benar bayi saya lelaki. Maka saya membawa bayi tersebut kehadapan Rasulullah saw., Lalu oleh Nabi saw. Diadzankan di telinga kanannya dan iqomah di telinga kirinya, dan keningnya dicium oleh Nabi saw. Sambil bersabda, "Namailah anak ini Abdullah dan sampaikan kepada bapaknya para khalifah ini". Mendengar perkataan ini, maka saya segera menyampaikannya kepada Abbas r.a Kemudian datanglah Abas r.a ke majlis Rasulullah untuk bertanya tentang kebenarannya. Jawab Nabi saw.,"Benar, anak ini (Abdullah bin Abbas) bapaknya para khalifah".

Dan apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw., memang menjadi kenyataan. Keturunan Abdullah bin Abbas r.a. menurunkan raja-raja keturanan Abbasiyah yang  memerintah selama 500 tahun.

Referensi 

Jumat, 21 Oktober 2011

Kisah Ummu Fadhal

Nama lengkapnya adalah Lubabah binti al-Harits bin Huzn bin Bajir bin Hilaliyah. Beliau adalah Lubabah al-Kubra, ia dikenal dengan kuniyahnya (Ummu Fadhl). Ummu Fadhl adalah salah satu dari empat wanita yang dinyatakan keimanannya oleh Rasulullah saw. Keempat wanita tersebut adalah Maimunah, Ummu Fadhl, Asma’ dan Salma.

Adapun Maimunah adalah Ummul Mukminin ra, saudara kandung dari Ummu Fadhl. Adapun Asma’ dan Salma adalah kedua saudarinya dari jalan ayahnya, sebab keduanya adalah putri dari ‘Umais.

Ummu Fadhl ra adalah istri dari Abbas, pamanda Rasulullah saw dan ibu dari enam orang yang mulia, pandai dan belum ada seorangwanita pun yang melahirkan laki-laki semisal mereka. Mereka adalah Fadhl, Abdullah al-Faqih, Ubaidullah al-Faqih, Ma’bad, Qatsam, dan Abdurrahman. Tentang Ummu Fadhl ini, Abdullah bin Yazid berkata, “Tiada seorang wanita pun yang melahirkan orang-orang terkemuka yang aku lihat sebagaimana enam putra Ummu Fadhl, putra dari dua orang tua yang mulia, pamanda Nabiyul Mushthafa yang mulia, penutup para rasul dan sebaik-baik rasul.”

Ummu Fadhl ra masuk Islam sebelum hijrah, beliau adalah wanita pertama yang masuk Islam setelah Khadijah (Ummul Mukminin ra), sebagaimana dituturkan oleh putra beliau Abdullah bin Abbas, “Aku dan ibuku adalah termasuk orang-orang yang tertindas dari wanita dan anak-anak.”

Ummu Fadhal termasuk wanita yang berkedudukan tinggi dan mulia di kalangan para wanita. Rasulullah saw terkadang mengunjungi beliau dan terkadang tidur siang di rumahnya.
Ummu Fadhal adalah seorang wanita yang pemberani dan beriman yang memerangi Abu Lahab (si musuh Allah) dan membunuhnya. Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ikrimah berkata, “Abu Rafi’ budak Rasulullah saw berkata, ‘Aku pernah menjadi budak Abbas, ketika Islam datang, maka Abbas masuk Islam yang kemudian disusul oleh Ummu Fadhal, namun Abbas masih disegani terhadap kaumnya.

Abu Lahab tidak dapat menyertai Perang Badar dan mewakilkannya kepada Ash bin Hisyam bin Mughirah, begitulah kebiasaan mereka manakala tidak dapat mengikuti suatu peperangan, maka dia mewakilkannya kepada orang lain. Tatkala datang kabar tentang musibah yang menimpa orang-orang Quraisy pada perang Badar yang mana Allah telah menghinakan dan merendahkan Abu Lahab. Adapun kami merasakan adanya kekuatan dan ‘izzah pada diri kami.

Aku adalah seorang laki-laki yang lemah, aku bekerja membuat gelas yang aku pahat di bebatuan sekitar zam-zam, demi Allah suatu ketika aku duduk sedangkan di dekatku ada Ummu Fadhal yang sedang duduk, sebelumnya kami berjalan, namun tidak ada kebaikan yang sampai kepada kami, tiba-tiba datanglah Abu Lahab dengan berlari, kemudian duduk, tatkala dia duduk tiba-tiba orang-orang berkata, ‘Ini dia Abu Sufyan bin Harits telah datang dari Badar’. Abu Lahab berkata, ‘Datanglah ke mari, sungguh aku menanti beritamu’.

Kemudian duduklah Abu Jahal dan orang-orang berdiri mengerumuni di sekitarnya. Berkatalah Abu Lahab, ‘Wahai putra saudaraku beritakanlah kepadaku bagaimana keadaan manusia (dalam perang Badar)?’ Abu Sufyan berkata, ‘Demi Allah, tatkala kami menjumpai mereka, tiba-tiba mereka tidak henti-hentinya menyerang pasukan kami, mereka memerangi kami sesuka mereka dan mereka menawan kami sesuka hati mereka. Demi Allah, sekalipun demikian, tatkala aku menghimpun pasukan, kami melihat ada sekelompok laki-laki yang berkuda hitam-putih berada di tengah-tengah manusia, demi Allah mereka tidak menginjakkan kakinya di tanah’.”

Abu Rafi’ berkata, “Aku mengangkat batu yang berada di tanganku, kemudian aku berkata, demi Allah itu adalah malaikat. Tiba-tiba Abu Lahab mengepalkan tangannya dan memukul aku dengan pukulan yang keras, maka aku telah membuatnya marah, kemudian dia menarikku dan membantingku ke tanah, selanjutnya dia dudukkan aku dan memukuli aku sedangkan aku adalah laki-laki yang lemah. Tiba-tiba berdirilah Ummu Fadhal mengambil sebuah tiang dari batu kemudian beliau pukulkan dengan keras mengenai kepala Abu Lahab sehingga melukainya dengan parah. Ummu Fadhal berkata, ‘Saya telah melemahkannya sehingga jatuhlah kredibilitasnya’.”

Kemudian bangunlah Abu Lahab dalam keadaan terhina, demi Allah dia tidak hidup setelah itu melainkan hanya tujuh malam hingga Allah menimpakan kepadanya penyakit bisul yang menyebabkan kematiannya.

Begitulah perlakuan seorang wanita muslimah yang pemberani terhadap musuh Allah sehingga gugurlah kesombongannya dan merosotlah kehormatannya karena ternoda. Alangkah bangganya sejarah Islam yang mencatat Ummu Fadhal ra sebagai teladan bagi para wanita yang dibina oleh Islam.

Ibnu Sa’ad menyebutkan di dalam Thabaqat al-Kubraa bahwa Ummu Fadhal suatu hari bermimpi dengan suatu mimpi yang menakjubkan, sehingga ia bersegera untuk mengadukannya kepada Rasulullah saw, ia berkata, “Wahai Rasulullah, saya bermimpi seolah-olah sebagian tubuhmu berada di rumahku.” Rasulullah saw bersabda, “Mimpimu bagus, kelak Fathimah melahirkan seorang anak laki-laki yang nanti akan engkau susui dengan susu yang engkau berikan buat anakmu (Qatsam).”

Ummu Fadhal keluar dengan membawa kegembiraan karena berita tersebut, dan tidak berselang lama Fathimah melahirkan Hasan bin Ali ra yang kemudian diasuh oleh Ummu Fadhal.

Ummu Fadhal berkata, “Suatu ketika aku mendatangi Rasulullah saw ra dengan membawa bayi tersebut, maka Rasulullah saw segera menggendong dan mencium bayi tersebut, namun tiba-tiba bayi tersebut mengencingi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda, “Wahai Ummu Fadhal, peganglah anakku ini, karena dia telah mengencingiku.”

Ummu Fadhal berkata, “Maka aku ambil bayi tersebut dan aku cubit dia sehingga dia menangis.”Aku berkata, “Engkau telah menyusahkan Rasulullah saw, karena engkau telah mengencinginya.”Tatkala melihat bayi tersebut menangis, Rasulullah saw bersabda, “Wahai Ummu Fadhal, justru engkau telah menyusahkanku, karena engkau membuat anakku menangis.” Kemudian, Rasulullah saw meminta air lalu beliau percikkan ke tempat yang terkena air kencing tersebut, kemudian bersabda, “Jika bayi laki-laki, maka percikilah air, akan tetapi apabila bayi itu wanita maka cucilah.”

Di dalam riwayat yang lain, Ummu Fadhal berkata, “Lepaslah sarung Anda dan pakailah baju yang lain agar aku dapat mencucinya.” Namun, Nabi saw bersabda, “Yang dicuci hanyalah air kencing bayi wanita dan cukuplah diperciki dengan air apabila terkena air kencing bayi laki-laki.”

Di sisi yang lain, Ummu Fadhal ra mempelajari hadis Nabawi dari Rasulullah saw dan beliau meriwayatkan sebanyak tiga puluh hadis. Adapun yang meriwayatkan dari beliau adalah Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas), Tamam (yakni budaknya), Anas bin Malik dan yang lain.
Di antara peristiwa yang mengesankan Ummu Fadhal (Lubabah binti al-Harits) ra adalah tatkala banyak orang yang bertanya kepadabeliau mengenai hari Arafah, apakah Rasulullah saw berpuasa atau tidak? Untuk menghilangkan problem yang menimpa kaum muslimin tersebut, beliau dengan kebijakannya memanggil salah seorang anaknya kemudian menyuruhnya agar mengirimkan segelas susu kepada Rasulullah saw yang sedang berada di Arafah. Kemudian tatkala dia menemukan Nabi saw dengan dilihat oleh semua orang, beliau menerima segelas susu tersebut kemudian meminumnya.

Kemudian, wafatlah Ummu Fadhal pada masa khilafah Utsman bin Affan ra setelah meninggalkan untuk kita contoh yang baik yang patut ditiru sebagai ibu yang shalihah yang telah melahirkan tokoh semisal Abdullah bin Abbas, tokoh ulama umat ini dan Turjumanul Qur’an (pakar dalam hal tafsir Alquran). Demikian pula, beliau telah memberikan contoh yang terbaik bagi kita dalam hal kepahlawanan yang memancar dari akidah yang benar yang muncul darinya keberanian yang mampu menjatuhkan musuh Allah yang paling keras permusuhannya (yakni Abu Lahab).

Sumber: Nisaa’ Haular Rasuuli, Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Mushthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi

Referensi:  



Catatan